![]() |
| From Thailand with love |
Kau nak jadi kawan aku tak?
Berjalan untuk kesihatan
@
3:39 PM
Dalam usaha nak berdiet dan bersenam untuk kesihatan badan kitorang sekeluarga mulakan dengan berjalan. Brisk Walk orang kata.
Aktiviti pada Sabtu, 7 Januari yang lepas. Pagi tak la pagi sangat. Sedang elok la cahaya matahari tak mengganas lagi.
Aktiviti pada Sabtu, 7 Januari yang lepas. Pagi tak la pagi sangat. Sedang elok la cahaya matahari tak mengganas lagi.
| beginning point |
| abam sudin pun berjalan jugak... |
| anak2 pun enjoy... |
| Syabas! manage to walk about 3km in 45 min... |
| spot the kids!...mana?...klik utk membesar bagai johan... |
Kharlieff & Sekolah - #1
@
10:22 AM
Kharlieff dah sekolah. Umur pun dah 5 tahun. So sedang elok la ke sekolah. Musykil aku, asal pagi je menangis...
2nd homework, mewarna lagiii...
Dia jadi rajin nak mewarna sampai habis sebab papa dia belikan kaler baru...aku rasa Faber Castle punya kaler adalah terbaik daripada Luna...dan cikgu dia cakap, kharlief lebih concentrate kalau menulis tetapi tidak bila mewarna.
2nd homework, mewarna lagiii...
![]() |
| tekun mewarna.... |
![]() |
| melatih jari jemari.. |
![]() |
| tukar tempat...mewarna atas meja pulak... |
![]() |
| Hasilnya...Semalam dia belajar nombor 1 dan A aje.... |
Heartbreak "Kid"
@
11:40 AM
Hukum Melihat Video Lucah atau Blue Film
@
11:32 AM
Menonton blue film (video lucah) hukumnya haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya.
Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.
![]() |
| pix ihsan google |
Jika anda terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka yangpaling besar dalam kehidupan berumahtangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.
Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah vcd blue film yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki vcd blue film tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT.
dipetik daripada soal jawab dalam surat khabar~~
20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri
@
5:27 PM
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
kredit to http://www.informasi.my
Sex Maniac#1
@
3:14 PM
Aku agak bosan bila ada orang yang aku tak kenal call aku dan bercerita merapu-rapu. What the hell is going on out there actually? Apa yang kau nak sebenarnya?
Long time ago, masa aku jadi penganggur terhormat, selagi belum pukul 10 pagi atau 11 pagi, aku takkan bangun dari tidur. Apa yang aku nak buat bangun awal pagi tu? Kemas rumah? Memang dah siap sedia kemas dah. Masak? Hujung jari je.
So, pada satu pagi, lepas mak abah adik-adik aku dah keluar pergi kerja dan pergi kolej, aku sambung lagi tidur. Tapi tak sampai 15 minit aku tidur, telephone rumah aku berbunyi. Aku bangun dan aku jawab. Ada suara lelaki dihujung talian. Cepat-cepat aku membetulkan suara.
Aku: "Ehem..Hello.."
Dia: "Hello..."
Aku: "Ada apa ye? Nak cari siapa?"
Dia: "Nak tanya, ni rumah kongkek ke?"...aku diam kejap...tetiba aku panas hati. Dah la tidur aku terganggu. Kau call semata2 tanya soalan bodoh sambil nak melepaskan gersang kau.
Aku: "A'aahhh... Bapak ngan mak kau kongkek kat sini sial...kau tak tau ke?!"..dan aku dengar bunyi tutt..tutt..kat hujung talian sana...
Dan aku masuk bilik sambung tidur.
Aku agak bosan bila ada orang yang aku tak kenal call aku dan bercerita merapu-rapu. What the hell is going on out there actually? Apa yang kau nak sebenarnya?
Korang tak paham kongkek? Pergi google. Nak lagi jelas google image.
Subscribe to:
Posts (Atom)






